Tuesday, July 29, 2008

PS2


smlm lepas jerk duty ptg kat showroom trus gi sg wang,nasib tak jem langsng..tujuan sebenar gi sg wang tu coz cik abg nak survey PS2,ingat ye pekataan survey...bejalan punya bejalan ,survey punya survey tiba dia kata nak beli ishhh banyak la plak duit mamat ni..ikut suka la nnti jangan miss soru ckup la..punya excited nyer smpai dinner pun tapau roti jerk kat delifrance huk huk nasib sedap n at least bleh diet sket ;) sampai je kat umah ape lagi terus la mengadap dia nyer PS2 tu..

alamak cite tak abis lg ni,esok smbung la coz jam dah bunyi kol 12 esok keje nite

Demam

huhhh lamanye rasa tak update blog ni,terasa rindu plak...aku diserang demam yg melampau selama dua minggu sampai tak bleh bangun wuaaa wwuaaaa :( selama demam ni 3 kali pegi klinik coz ubat yg doctor bagi tu mcm tak mujarab jerk rupa2 nye kuman2 tu kuat melawan ubat tu coz setiap kali demam,antibiotik tak penah diabiskan..hahhh sape yg merana??sendiri gak,padan muka..buat petama kalinye aku makan ubat sampai habis, yuuhooo n hopefully everything will be fine..tapi ader baik nye sakit smpai beminggu2 ni at least aku bleh la buang tabiat yg tak bleh aku buang selama ni huhuhu n alhamdullillah dah seminggu aku suci darinye n hopefully akan beterusan selamanye hehehe :)

kepada sesiapa yg selalu tak abis kan antibiotik,bawak2 habiskan n tak payah nak jadi doctor pakar lak hehehe...

Wednesday, July 16, 2008

Ape yang mereka nak buktikan ni???


Polis menahan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di luar rumahnya di Segambut Dalam dan dibawa ke ibu pejabat polis Kuala Lumpur tengahari ini.

Beliau ditahan sekumpulan anggota polis, termasuk yang bertopeng dan berjaket - dipercayai Bahagian Jenayah Berat, kira-kira sejurus tiba dari Putrajaya selepas memberi keterangan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) di Putrajaya.

Menurut peguam R Sivarasa, pihak polis telah menunggu kepulangan Anwar dan sebaik sahaja tiba, mereka membawa mantan timbalan perdana menteri itu, ke dalam kereta polis bercermin gelap dan membawanya ke IPK Kuala Lumpur.

Anwar tiba di IPK Kuala Lumpur jam 1.11 tengahari dengan dikawal oleh konvoi 15 kenderaan.Manakala Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengesahkan kepada pemberita di Parlimen bahawa Anwar telah ditahan.

Katanya, beliau menerima panggilan telefon dari Anwar yang mengesahkan bahawa beliau telah ditahan.Anwar juga, katanya, memberitahu bahawa beliau dilayan secara kasar oleh anggota polis yang menahannya itu.

Wan Azizah berkata, Anwar memintanya pulang ke rumah untuk menenangkan anak-anaknya dan kemudiannya pergi ke pejabat polis terbabit.

Naib presiden PKR, Azmin Ali tiba kira-kira jam 1.26 tengahari, dan menyifatkan tindakan polis itu sebagai "tidak bertamadun" kerana Anwar telah mengesahkan akan datang.Lagi pula, tambahnya, masa yang diberikan oleh polis sehingga jam 2 petang juga belum lagi tamat.

Beliau juga menyifatkan tindakan polis sebagai tidak wajar kerana Anwar dikeluarkan dari keretanya di tepi jalan utama.Kira-kira 40 penyokong Anwar termasuk ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat kini berhimpun di IPK Kuala Lumpur.

Saturday, July 12, 2008

Minyak oh Minyak



Minyak minyak...
dimana kau minyak??
mengapa kah begitu jauh kau dariku
terlalu sombong nya kau di atas sana
lupakah kau pada diri ku
lupakah kau pada jasa2 ku

Minyak oh minyak
mengapakah kau terlalu mahal untuk aku perolehi
mengapakah kau begitu mementingkan dirimu
sedangkan kau tahu semua benda didunia ini memerlukan mu..
gembirakah kau melihat semua org berpayah keranamu..
gembirakah kau melihat semua org mengikat perut hanya keranamu..
sanggupkah kau melihat semua kenderaan tersadai hanya keranamu..

Minyak oh minyak
lupakah kau bahawa kau lah penggerak utama pembanggunan selama ini
lupakah kau bahawa kau lah penggerak semua enjin dari besar ke kecil
lupakah kau bahawa kau lah yang menaik kan nama negara
dan lupakah kau bahawa kau dilahirkan dibumi ini hanya untuk
menolong manusia

Minyak oh minyak
tahukah kau bahawa dgn kenaikan ini hidup org lain akan lebih sengsara
tahukah kau bahawa dgn kenaikan ini bisnes akan menjadi lembap
tahukah kau bahawa dgn kenaikan ini ramai kontraktor yang bungkus
tahukah kau dgn kenaikan ini tambang bas sek akan naik
tahukah kau dgn kenaikan ini semua harga brg akan naik
tahukah kau dgn kenaikan ini ada org yang makan bubur setiap hari
tahukah kau wahai minyak

Minyak oh minyak
kenapa la kau dibandingkan dgn harga negara2 yg bukan pengeluar utama
bukankah bumi kita ini salah sebuah negara pengeluar utama
mengapa ada isu kenaikan harga yang melambung
dimanakah keadilan kepada mereka2 yang berpendapatan rendah
dimanakah keadilan kepada mereka yang baru menapak naik
memulakan bisnes

Dimanakah dimanakah...........

KEPADA SESIAPA YANG TERLIBAT FIKIR2 DAN RENUNG2KAN LAH PADA NASIB MEREKA YANG KURANG DARI SEGALA2 NYA

Friday, July 11, 2008

Melaka



At last abis gak training..takde pape yg interesting kat sana kecuali snap pics huhu 1st day tu mcm biasa the whole day ader kat training center,abis dl kol 530 ptg..balik hotel, siap2 n kitaorg trus drive ke tampin for our dinner..dalam kol 1030 kita jamming kat Cowboy Town lak,saja abis kan mlm tgk live band..balik bilik lewat gak dlm kol 1230 huhhh dah la esoknye ader test drive,jangan ader kete yg tebalik dah la hehehe mrning call kol 630 n test drive start at 800 n we ar the first group huhu betawakal je la..abis jerk test drive,ape lagi trus masuk bilik la n smbung tidur..tghhari lunch pastu kol 200 start exam n mintak2 pass coz semua org meniru hehehe trainers jeling je..pastu balik kl

Monday, July 7, 2008

Training in Melaka


huhhh.. training lagi,boring btul la nak training2 ni..bukan hot model pun nak training gak, 2 ari lak tu ishkk mula la ari yg membosan kan aku bila time training ni,semuanye kena ikut rules,phone pun diaorg pegang huhu sambung 2 ari lg yek..

Thursday, July 3, 2008

Bali


another story about Bali..excited ni coz banyak picas kat sana hehehe banyak sgt tmpt yg menarik kat sana,walaupun tak lama tapi sempat gak la pegi tempat2 pelancongan yg menarik..firstly kitaorg gi tgk persembahan kebudayaan org2 hindu,very interesting ader yg menari,belakon n yg paling best diaorg main alat2 music tradisional..punya la ramai org kat sana n boleh katakan semua tourist ader kat dalam dewan tu n bila dah abis jerk show semua org bepusu2 gi kat van masing2..lepas tu tourist guide tu bawa kitaorg kat batik center,wahh excited nyer...kat situ boleh tgk diaorg mencanting batik,menenun batik n songket,melukis dll..pastu masuk batik center n punya la banyak barang kat dalam tu hahaha masa utk shopping...tak banyak sgt la beli brg kat situ coz harga bleh tahan mahal dalam 1 juta rupiah la abis..lepas dr situ kitaorg gi tmpat org buat silver n gold lak,kat situ tak lama coz gold kat sana jauh lebih mahal dari msia n silver lak tak minat...dari situ pegi painting center lak,lukisan dia lawa2 n creative2..very nice trip

Bali Trips


Just came back from Bali last week, 3 days 2 nite jerk..nak kata best sgt tu takde la tapi ok la..makan susah sgt n boleh dikatakan setiap kedai makan ader b_b_ golek huhu memula masa nak gi tu so excited n beniat nak shopping sakan tapi tak kesampaian coz bebrg kat sana mahal n lebih kurang kat sini gak (buat berat beg jerk kalau beli)..kalau gi sana nak bejalan n relax ,that is the nice place to go..tapi kalau kaki shopping tu tak payah la hehe