Saturday, July 12, 2008

Minyak oh Minyak



Minyak minyak...
dimana kau minyak??
mengapa kah begitu jauh kau dariku
terlalu sombong nya kau di atas sana
lupakah kau pada diri ku
lupakah kau pada jasa2 ku

Minyak oh minyak
mengapakah kau terlalu mahal untuk aku perolehi
mengapakah kau begitu mementingkan dirimu
sedangkan kau tahu semua benda didunia ini memerlukan mu..
gembirakah kau melihat semua org berpayah keranamu..
gembirakah kau melihat semua org mengikat perut hanya keranamu..
sanggupkah kau melihat semua kenderaan tersadai hanya keranamu..

Minyak oh minyak
lupakah kau bahawa kau lah penggerak utama pembanggunan selama ini
lupakah kau bahawa kau lah penggerak semua enjin dari besar ke kecil
lupakah kau bahawa kau lah yang menaik kan nama negara
dan lupakah kau bahawa kau dilahirkan dibumi ini hanya untuk
menolong manusia

Minyak oh minyak
tahukah kau bahawa dgn kenaikan ini hidup org lain akan lebih sengsara
tahukah kau bahawa dgn kenaikan ini bisnes akan menjadi lembap
tahukah kau bahawa dgn kenaikan ini ramai kontraktor yang bungkus
tahukah kau dgn kenaikan ini tambang bas sek akan naik
tahukah kau dgn kenaikan ini semua harga brg akan naik
tahukah kau dgn kenaikan ini ada org yang makan bubur setiap hari
tahukah kau wahai minyak

Minyak oh minyak
kenapa la kau dibandingkan dgn harga negara2 yg bukan pengeluar utama
bukankah bumi kita ini salah sebuah negara pengeluar utama
mengapa ada isu kenaikan harga yang melambung
dimanakah keadilan kepada mereka2 yang berpendapatan rendah
dimanakah keadilan kepada mereka yang baru menapak naik
memulakan bisnes

Dimanakah dimanakah...........

KEPADA SESIAPA YANG TERLIBAT FIKIR2 DAN RENUNG2KAN LAH PADA NASIB MEREKA YANG KURANG DARI SEGALA2 NYA

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.